Assalamualaikum & Bismillah...
Kalau kalian semua perasan (bagi yang sudah lama jenguk blog ini), ada sedikit perubahan yang telah saya lakukan. Yela, nafas barulah katakan.
Saya ubah suai sikit blog saya ini yang telah sekian lama tidak di 'updated' dan alhamdulillah sempena lembaran baru dalam buku kehidupan saya ini insyaAllah saya akan istiqomah untuk berkongsi sedikit ilmu dan juga pengalaman yang ada di dalam hati ini.
"Halaman baru, Nafas Baru"
Em, kenapa agak-agaknya pada posting kali ini tajuknya begitu? Kawan-kawan tahu? ^_^
Sebenarnya pada awal bulan Jun ini saya telah melanjutkan pelajaran saya ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau singkatannya KUIS. Ya, mesti ada antara kalian semua yang terkejutkan? InsyaAllah saya sekarang mengambil asasi Pengajian Islam di sana. Walaupun begitu banyak lontaran pertanyaan mengenai kenapa ini dan kenapa itu, mengapa dan sebagainya, namun saya tetap bersyukur kepada Allah kerana ini mungkin tempat yang terbaik bagi saya. Lagi pun hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. kan kan.
Firman Allah:
Lepas ini jumpa kawan baru, tempat baru, suasana baru, dan sudah tiba masa untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih baik lagi. ^_^
Sekian, wallahua'lam....
moga berjaya di sana ^_^
Terima kasih Asiah....^_^
anda pun sama di UNITEN...